Kuasa Pilihan
Tahukah anda anda mempunyai Kuasa Pilihan? Tahukah betapa besarnya kuasa pilihan itu?
Setiap diri kita yang digelar sebagai manusia diberi keistimewaan iaitu kuasa untuk memilih. Di dalam kehidupan kita, setiap hari kita akan membuat pilihan dalam segala hal. Tetapi adakah anda mampu membuat pilihan yang tepat? Setiap pilihan yang kita buat akan ada kesannya di dalam kehidupan kita dan orang lain. Apa sahaja pilihan yang anda buat dalam kehidupan seharian pasti akan membawa kesan sama ada baik ataupun tidak baik. Memang kita sebagai manusia telah diberi akal pikiran yang luar biasa daripada Tuhan, yang membezakan kita sebagai manusia dengan binatang. Apa yang membezakan kita dari binatang ialah binatang mempunyai pilihan yang terhad, ia mampu pilihan tetapi terhad. Tetapi kita sebagai manusia adakah kita mampu melakukan atau membuat pilihan yang baik dalam hidup kita?? Jawapannya sudah tentu, kita sebagai individu mempunyai pilihan untuk membuat keputusan. Orang lain boleh mempengaruhi kita, tetapi kitalah yang akhirnya yang perlu membuat keputusan. Sebagai contohnya, anda pasti tahu keadaan di Malaysia dimana kes pembuangan bayi semakin menjadi jadi di kalangan para remaja. Adakah ini satu pilihan? Jawapannya sudah tentu, mereka mempunyai pilihan. Sebagai contohnya, remaja yang mempunyai teman lelaki ataupun teman wanita. Pembuangan bayi terjadi atas keterlanjuran yang terjadi kepada pasangan tersebut. Ini bermaksud mereka telah melakukan hubungan seks luar nikah. Ini bermakna mereka tidak mempunyai ikatan yang sah dalam hubungan mereka. Dalam kes pembuangan bayi, ianya bermula dengan hubungan seks luar nikah dengan teman mereka. Hubungan seks ini pula bermula daripada ajakan si lelaki mahupan perempuan itu sendiri. Tetapi ajakan daripada teman lelaki lah yang selalu kita dengari. Di sinilah perhatian dan tumpuan yang perlu kita lihat dimana si lelaki atau si gadis tersebut dapat dan mampu membuat pilihan dalam hidup mereka. Contohnya, gadis itu telah diajak teman lelaki nya untuk melakukan hubungan seks dan dipujuk rayu oleh teman lelaki nya. Betapa besar kuasa pilihan yang ada pada si gadis tersebut dimana pada saat itu dia harus berfikir untuk membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak dengan ajakan teman lelakinya. Ajakan daripada teman lelaki nya itu adalah satu "rangsangan atau pencetus" di mana si gadis tersebut berhadapan dengan "ajakan teman lelakinya. Tetapi yang penting, apakah respon si gadis tersebut?? Adakah gadis tersebut akan terus memberi respon akan ajakan teman lelaki nya tanpa membuat sebarang pikiran atau pilihan yang wajar? Itu semua bergantung kepada pilihan si gadis tersebut, dia mempunyai kuasa untuk membuat pilihan. Walaupun ia di pengaruhi oleh teman lelakinya, tetapi si gadis itulah yang mempunyai hak dan kuasa untuk memilih sama ada ia bersetuju akan ajakan tersebut atau menolak. Si gadis tersebut telah diajak oleh teman lelakinya dan gadis itu harus membuat keputsan atau respon. Mari kita lihat kuasa pilihan yang luar biasa yang ada pada gadis tersebut. Sebelum gadis itu membuat pilihan atau respon akan ajakan teman lelakinya, 4 perkara penting yang perlu dipikirkan atau direnungkan iaitu
i) kesedaran diri
ii) imiginasi
iii) suara hati
iv)kebebasan
Kesedaran diri, si gadis tersebut mampu dan dapat membuat keputusan dalam diri nya sendiri bahawa bagaimana sesuatu perkara ataupun keadaan yang dapat mempengaruhi nya. Si gadis tersebut harus sedar dan ia sekarang harus mengetahui situasi yang berlaku. Imiginasi, bermaksud kebolehan untuk mencipta sesuatu pikiran atau minda dalam diri sendiri. Si gadis harus membuat imiginasi dalam mindanya apa yang akan terjadi terhadapnya jika ia menerima ajakan tersebut dan melihat apa kesannya. Suara hati, adalah kesedaran dalaman tentang apa yang betul, dan apa yang salah. Si gadis itu harus berfikir sama ada perbuatannya betul atau salah berdasarkan prinsip moral atau rohani yang telah di ajar kepadanya. Kebebasan, kebolehan bertindak berdasarkan kesedaran diri, dan bebas daripada pengaruh lain. Si gadus tersebut harus mempunyai kebolehan untuk bertindak atau membuat sesuatu keputusan atau pilihan tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Kalau gadis tersebut memikirkan semua ini, ia mampu mampu membuat keputusan atau pilihan yang betul. Semuanya bergantung kepada gadis itu sendiri, kerana kuasa untuk memilih ada di dalam dirinya. Ini kerana apa keputusan yang ia lakukan akan memberi kesan di dalam dirinya dan orang lain juga. Contoh nya gadis tersebut membuat imiginasi bahawa dia mungkin akan mengandung dan memberi kesan kepada dirinya dan keluarganya. Lebih teruk lagi jika ia membuat keputusan untuk mengugurkan atau membuang bayi tersebut. Semua ini harus ia fikirkan sebelum memberi respon terhadap ajakan teman lelakinya.
Lihatlah betapa besarnya kuasa pilihan ada dalam diri anda dan saya, kita mempunyai kuasa untuk memilih dalam apa sahaja keputusan yang perlu kita buat. Yang penting jangan terus memberi respon akan rangsangan atau ajakn tetapi "stop first" dan pikirkan tentang 4 cara untuk sebelum membuat respon.
Jesus love u all.. dan jadikanlah Kuasa Pilihan itu sebagai senjata utama anda dalam melakukan dalam segala hal. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai pilihan dan yang penting adakah kita buat pilihan yang tepat?