Peringatan!!

Selalu Berserta Anda

Lebuh raya yang berliku liku di sepanjang persisiran pantai bahagian selatan Tasik Michigan sangat berbahaya di musim sejuk.  Pada suatu hujung minggu, dalam perjalanan kami balik dari Chicago ke Grand Rapids, salji dan ais yang bertambah tebal telah mengakibatkan kenderaan bergerak dengan amat perlahan.

Keadaan ini menyebabkan banyak kemalangan berlaku dan telah melambatkan perjalanan kami.  Kami merasa lega setelah keluar dari lebuh raya dan mengikut jalan kecil.  Pada saat itu suami saya berkata dengan kuat.  "Terima Kasih, Tuhan.  Saya fikir saya boleh memandu sendiri sekarang.

Sebaik sahaja dia mengucapkan kata-kata itu, kereta kami hilang kawalan.  Setelah kereta kami berhenti berpusing pusing, dengan jantung yang berdegup-degup, kami boleh bayangkan Tuhan berkata "Kamu pastikah?"

Mengapakah kadang-kadang kita cuba menjalani hidup sendiri sedangkan kita boleh datang kepada Tuhan pada bila-bila masa?  Dia berkata "Aku akan melindungi engkau dan menolongmu kemana sahaja engkau pergi" (Kejadian 28:15).  Dia meyakinkan kita, "Aku tidak akan membiarkan kamu, Aku tidak akan meninggalkan kamu" (Ibrani 13:5)

Thomas Chalmers (1780-1847), seorang ahli matematik, teologi, dan pengkhutbah keturunan scott menulis "Apabila saya berjalan di tepi, Dia bersama-sama sayaApabila saya bersama dengan orang lain, meskipun saya lupa akan Dia, namun Dia tidak pernah melupakan saya.. Kemana pun saya pergi, Dia menjaga, megawasi, dan memilihara saya"

Kita amat terhibur kerana kita tahu bahawa Tuhan sentiasa bersama-sama dengan kita.. Kita tidak perlu menjalani kehidupan seorang diri! -Cindy Hess Kasper

Semasa aku melalui perjalanan kehidupan,
Yesus menjaga aku hari demi hari,
Dan meskipun jalan berliku-liku,
Namun Dia bersama-sama Dia, aku tidak tersesat. -Bradshaw

Mencari Harta Karun

Pada 1 Januari 2008, Keith Severin dan Adrien, anak lelakinya yang berumur 7 tahun, bersetuju untuk menggunakan 15 minit setiap hari pada tahun itu untuk mencari harta karun bersama.  
Artikel yang ditulis oleh Carlos Alcala dalam akhbar Sacramento Bee menerangkan bagaimana mereka keluar pada setiap hari dalam apa pun keadaan cuaca untuk mencari apa saja yang dapat ditemukan.
Setahun kemudian, mereka telah memperolehi lebih daripada $1000 hasil jualan barang barang seperti syiling, bola golf, botol dan tin yang boleh dikitar semula.  Dalam proses melakukannya, mereka bersama telah menikmati keseronokan ini selama berjam-jam.

Sekiranya kita mengambil keputusan untuk menggunakan 15 minit sehari untuk mencari harta di dalam Alkitab, apakah yang dapat kita temukan?  Salomo menulis "Carilah perkara itu seperti mencari perak dan harta terpendam.  Barulah kamu akan tahu maknanya takut akan Tuhan, dan kamu akan mendapat pengetahuan tentang Allah. Kerana Tuhan yang memberikan hikmat, dari mulutNya datang pengetahuan dan kepandaian.  Ia menyediakan pertolongan bagi orang yang jujur, menjadi perisai bagi orang tidak bercela perlakuannya, sambil menjaga jalan keadilan, dan memelihara jalan orang-orangNya yang setia.  Maka engkau akan mengerti tentang kebenaran, keadilan dan kejujuran, bahkan setiap jalan yang baik. (Amsal 2:4-9) 

Pertumbuhan tidak akan terjadi dengan sekaligus.  Tetapi secara perlahan-lahan dan hari demi hari, kita akan diubah melalui pembacaan  Firman Tuhan dan ketaatan kepadaNya.  Fikirkan keistimewaan dan kenikmatan bersama Bapa kita yang di syurga.

Kenikmatan ini bermula dengan kerelaan untuk memberi komitmen, diteruskan dengan penemuaan kebenaran yang memberangsangkan, dan sampai kepada penemuan kebijaksanaan dan kehidupan. - David McCasland

Carilah di dalam gedung Firman yang amat bernilai
Bagaikan pelombong menggali bijih
Carilah dan pasti anda akan menemukan
Harta untuk menyuburkan pemikiran. -Anon