Lebuh raya yang berliku liku di sepanjang persisiran pantai bahagian selatan Tasik Michigan sangat berbahaya di musim sejuk. Pada suatu hujung minggu, dalam perjalanan kami balik dari Chicago ke Grand Rapids, salji dan ais yang bertambah tebal telah mengakibatkan kenderaan bergerak dengan amat perlahan.
Keadaan ini menyebabkan banyak kemalangan berlaku dan telah melambatkan perjalanan kami. Kami merasa lega setelah keluar dari lebuh raya dan mengikut jalan kecil. Pada saat itu suami saya berkata dengan kuat. "Terima Kasih, Tuhan. Saya fikir saya boleh memandu sendiri sekarang.
Sebaik sahaja dia mengucapkan kata-kata itu, kereta kami hilang kawalan. Setelah kereta kami berhenti berpusing pusing, dengan jantung yang berdegup-degup, kami boleh bayangkan Tuhan berkata "Kamu pastikah?"
Mengapakah kadang-kadang kita cuba menjalani hidup sendiri sedangkan kita boleh datang kepada Tuhan pada bila-bila masa? Dia berkata "Aku akan melindungi engkau dan menolongmu kemana sahaja engkau pergi" (Kejadian 28:15). Dia meyakinkan kita, "Aku tidak akan membiarkan kamu, Aku tidak akan meninggalkan kamu" (Ibrani 13:5)
Thomas Chalmers (1780-1847), seorang ahli matematik, teologi, dan pengkhutbah keturunan scott menulis "Apabila saya berjalan di tepi, Dia bersama-sama saya. Apabila saya bersama dengan orang lain, meskipun saya lupa akan Dia, namun Dia tidak pernah melupakan saya.. Kemana pun saya pergi, Dia menjaga, megawasi, dan memilihara saya"
Kita amat terhibur kerana kita tahu bahawa Tuhan sentiasa bersama-sama dengan kita.. Kita tidak perlu menjalani kehidupan seorang diri! -Cindy Hess Kasper
Semasa aku melalui perjalanan kehidupan,
Yesus menjaga aku hari demi hari,
Dan meskipun jalan berliku-liku,
Namun Dia bersama-sama Dia, aku tidak tersesat. -Bradshaw
No comments:
Post a Comment